Apabila Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengarahkan Timbalan-timbalan Naib Canselor dan Dekan Hal Ehwal Pelajar (TTNC dan Dekan HEP) supaya mengadakan Pilihanraya Kampus (PRK) dua kali pada tarikh yang berbeza tentulah sukar untuk mereka menolaknya.
Pertama kali dalam sejarah IPTA, PRK tidak diadakan serentak. Tarikh pertama PRK tahun ini ialah pada 16 Oktober 2008 melibatkan IPTA di Pantai Timur sahaja (UMT,UMP, UMK dan UDM ). Manakala IPTA lain akan diadakan pada bulan Januari 2009.
Sudah tentu media, masyarakat dan mahasiswa sendiri akan tertanya-tanya mengapakah arahan ini dikeluarkan oleh KPT?
Ironinya, pertanyaan-pertanyaan seumpama inilah yang sangat dibimbangi KPT!
Satu perjumpaan sulit telah diadakan oleh KPT, dihadiri oleh Dato Idris Haron Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Prof Madya Dr Muhammad Hussin dari UKM, Prof Azali dari UPM dan sebahagian TTNC dan Dekan HEP bertempat di Rumah Melaka, Jalan Bellamy Kuala Lumpur bertarikh 6 Mei dan 16 Julai 2008.
Mereka menamakan diri sendiri sebagai ‘Sekretariat Kampus’ (‘nama underground’ kata Dato’ Idris) telah merancang pelbagai strategi terkini terutama dalam menyekat kebangkitan mahasiswa terutama yang tidak menyokong Barisan Nasional.
Jemputan mesyuarat sulit ini hanya dijemput melalui SMS. Tidaklah diketahui bagaimana TTNC dan Dekan HEP ini hendak membuat tuntutan perjalanan dan penginapan tanpa melalui kelulusan Naib Canselor dan tanpa surat jemputan rasmi.
Perjumpaan sulit ini hanya mampu diadakan dua kali berbanding tahun-tahun yang lalu yang berjumlah lapan ke sembilan kali. Sebenarnya perjumpaan jam 2 pagi ini mendapat tentangan dari sebahagian besar TTNC dan Dekan HEP kerana segala strategi KPT didalangi oleh Mat Hussin yang ‘comeback’ selepas Dato’ Mustapa Mohamed bertukar ke Kementerian Pertanian. Kelibat Mat Hussin sahaja mengundang rasa mual dan jelik TTNC dan Dekan HEP. Sejarah mereka diarah-arah seolah“diketuk ketampi” Mat Husin amat menyerikkan!
Di antara keputusan yang telah dipersetujui dalam perjumpaan sulit ini ialah mengadakan PRK tidak secara serentak seperti tahun-tahun sebelum ini.
Alasan utama KPT mengarahkan PRK diadakan secara berasingan ialah untuk mengelak dari PRK menjadi perhatian media, rakyat, parti pembangkang dan mengelakkan kebangkitan mahasiswa. Sepatah kata Dato’ Idris “Kalau boleh buatlah PRK secara senyap-senyap, jangan sampai diketahui sesiapa terutama media!” Apakah ini ‘standard’ pemikiran seorang Timbalan Menteri di negara kita?
Beberapa strategi-strategi lain untuk melumpuhkan kebangkitan mahasiswa telah disenarai panjang dengan begitu terancang sekali. Sukar hendak dipercayakan, kerana seperti kata Dr Siddiq Fadhil “Umpama seorang ayah merancang untuk mencacat anaknya sendiri!”
1. KPT mengarahkan istilah ‘Pilihanraya Kampus’ hendaklah ditukar kepada ‘Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar.’ Istilah ‘Pilihanraya’ bagi KPT adalah setanding dengan Pilihanraya Umum dan bakal membangkitkan kepimpinan dan semangat juang mahasiswa. Oleh itu kalimat ini wajar dihapuskan supaya mahasiswa tidak dapat merasa seperti suasana Pilihanraya di luar kampus. Cukuplah dengan kalimat pemilihan, sekadar merasa seperti memilih ketua kelas semasa sekolah rendah dan tadika sahaja.
2. KPT mengarahkan poster-poster calon hanya dikeluarkan oleh HEP sahaja. Calon dilarang mencetak poster sendiri. Kreativiti calon tidak perlu dan dilarang. Cukuplah menunggu poster bertaraf kertas A4 dari HEP. Adakah ini cara HEP membentuk kepimpinan dan kreativiti mahasiswa? Semua disediakan, mahasiswa dilayan seperti robot layaknya!
3. KPT mengarahkan perkataan ‘Mahasiswa’ itu sendiri hendaklah ditukar kepada ‘Pelajar’ sahaja. Perkataan mahasiswa itu sahaja bagi KPT boleh membangkit rasa ‘self esteem’ yang tinggi di kalangan mahasiswa. Oleh itu KPT mengarahkan semua universiti menggunakan nama ‘Majlis Perwakilan Pelajar’ bukan lagi ‘Majlis Perwakilan Mahasiswa.’ Mahasiswa dilarang menunjukkan ‘taring’ sebaliknya hendaklah siap sedia akur dan jangan melawan pentadbiran universiti dan kerajaan Barisan Nasional.
4. KPT telah dan akan mengeluarkan perbelanjaan yang besar kepada HEP untuk diadakan kursus calon dan jentera Aspirasi Kerajaan sebagai persiapan PRK. Sebaliknya calon bukan Aspirasi Kerajaan dianak tirikan dan tiada langsung bajet untuk kursus calon apatah lagi untuk jentera mereka. Jelas sekali mahasiswa telah diperbodohkan. Apakah permainan padang yang tidak sama rata ini adil dan ‘gentleman’?
Sebenarnya setiap tahun semenjak KPT ditubahkan lagi, bajet ini dikeluarkan kepada TTNC dan Dekan HEP dengan wang tunai berjumlah ribuan ringgit. Oleh itu jangan hairan kalau calon Aspirasi Kerajaan berupaya memenangi banyak kerusi PRK kerana dibelakang mereka adalah KPT itu sendiri yang diberselindung disebalik topeng munafik. Bagaikan yahudi yang menaja calon-calon presiden di Amareka Syarikat. Siapakah yang boleh memberi jaminan wang tunai yang berjumlah ribuan ini, tidak disalahgunakan oleh TTNC dan Dekan HEP? Saya cabar Canselor dan Naib Canselor menyiasat kenyataan ini.
5. KPT mengarahkan HEP supaya calon bukan Aspirasi Kerajaan tidak dibenarkan bertanding secara berkumpulan kerana ini akan membentuk kekuatan kepada mereka. Calon bukan Aspirasi hanya dibenarkan bertanding atas kapasiti individu. Begitulah “double standard” HEP kepada mahasiswa bukan Aspirasi Kerajaan.
Dalam masa yang sama, HEP secara terbuka membentuk dan menaja calon-calon Aspirasi secara kumpulan dengan mengadakan kursus calon dan jentera. Semua maklum, HEP adalah Suruhanjaya Piliharaya (SPR) di Kampus. Bayangkan HEP yang membuat peraturan pilihanraya tetapi merekalah juga yang menodai dan mencabuli peraturan tersebut!
Strategi terbaru KPT untuk meraih kemenangan calon-calon Aspirasi Kerajaan ini akan mengundang beberapa persoalan yang menambah kekalutan dan keresahan dikalangan media dan mahasiswa di kampus. Beberapa persoalan wajar dijawab KPT dan HEP demi menjamin maruah dan harga diri mahasiswa yang diinjak-injak ini dapat diperkasa dan dibela.
1. Mengapakah PRK tidak diadakan serentak pada tahun ini, sebaliknya dilanjutkan ke bulan Januari 2009? Umumnya, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) jelas menyatakan “Hendaklah jawatan Majlis Perwakilan Pelajar dipegang selama satu tahun sahaja.”
Dalam kaedah tafsiran undang-undang perkataan “HENDAKLAH” membawa maksud mandatori. Tidak dapat tidak, tempoh perjawatan MPP dengan ini WAJIB berakhir apabila tempoh penggal mereka cukup satu tahun. Perkataan “HENDAKLAH” tidak boleh ditafsirkan secara bebas mengikut selera KPT. Tafsiran sebegini hanya boleh dimungkinkan sekiranya ada proviso yang membenarkan kelonggaran peruntukan tersebut dan pemanjangan tempoh MPP dengan memberi kuasa kepada Naib Canselor atau pihak lain untuk membuat demikian. Namun di atas faktor kelompok sempit, KPT tetap ingin melanjutkan jawatan MPP melebihi setahun iaitu Januari 2009.
2. Mengapakah KPT takut dan bimbang sangat dengan liputan media dan perhatian masyarakat terhadap PRK dan kebangkitan mahasiswa? Sepatutnya KPT berbangga kerana mahasiswa menjadi perhatian dan tumpuan media dan rakyat.
Bukankah mahasiswa juga mempunyai hak untuk masyarakat mendengar suara mereka? Bukankah KPT juga mahu mahasiswa mampu menjadi jurubicara ummah? Atau sebenarnya KPT hanya ingin melahirkan ‘mahasiswa itik gembol-gembol’ tukang angguk-angguk dan tukang geleng-geleng?
3. Apakah visi dan misi KPT sebenarnya dalam melahirkan mahasiswa yang berketrampilan dan mencapai tahap global? Apakah KPT merasakan polisi terbaru KPT terutama melibatkan PRK ini bakal melahirkan mahasiswa yang mempunyai kemahiran insaniah seperti yang digembar gemburkan selama ini?
Mahasiswa hari ini merasakan KPT tidak lebih hanya mempunyai visi dan misi untuk “menternak” dan memperbodohkan mahasiswa dengan idea-idea ‘canggih’ yang layak dilakukan oleh yahudi ke atas pemuda-pemuda.
4. Mengapakah KPT begitu merestui dan menggalakkan mahasiswa UiTM mengadakan demonstrasi bila Menteri Besar Selangor mencadangkan supaya sedikit kouta diberi kepada mahasiswa bukan Bumiputera? Ironinya, dalam masa yang sama KPT melarang mahasiswa lain mengadakan demonstrasi dalam isu-isu yang lebih releven.
Hakikatnya, KPT begitu arif berapakah jumlah sebenar mahasiswa bukan Bumiputera di USM dan di UPM. Ianya bukan rahsia lagi. Tetapi KPT buat-buat pekak. Peningkatan mahasiswa bukan Bumiputera di IPTA berkenaan tidak pula dikawal. Janganlah ‘double stardard.’ Kokoknya berdegar-degar tetapi ekor bergelumang najis!
5. Mengapa KPT begitu menekan mahasiswa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sedangkan mereka juga mempunyai hak dan pendirian untuk tidak menyokong calon Aspirasi Kerajaan? Tentu kita masih ingat bagaimana pejabat MPP UIAM dikunci berbulan lamanya semata-mata kerana mereka tidak condong kepada Aspirasi Kerajaan? Berlaku adillah kepada semua mahasiswa. Janganlah peralatkan mahasiswa untuk kepentingan politik sempit KPT sahaja.
Senario yang didedahkan ini wajar dihapuskan. Bayangkan apa akan terjadi kepada bakal pimpinan negara sekiranya KPT masih meneruskan polisi dan “strategi” yang bakal merosakkan pemikiran dan sikap anak bangsa mereka sendiri. Cabaran masa depan negara dan era gobalisasi yang semakin getir memerlukan anjakan pradigama oleh KPT sendiri. Janganlah membawa nilai ‘politik kampungan’ di menara gading.
Jika beginilah cara pentadbiran KPT, jangan terkejut mahasiswa sendiri akan bangkit bersama-sama Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional. Mungkin ini sahaja jalan keluar bagi mahasiswa untuk keluar dari kezaliman KPT.
Mahasiswa sudah sekian lama disakiti. Apakah yang paling sakit bagi seorang yang bergelar ‘mahasiswa tulen’ di menara gading? Tidak lain dan tidak bukan ialah DIPERBODOHKAN!
Seruan saya kepada semua media, parti pembangkang, masyarakat dan mahasiswa: Gembar gemburlah PRK yang bakal diadakan. Juga dedahkanlah segala pencabulan dan kebejatan KPT dan HEP kepada mahasiswa kerana mahasiswa hari ini sebenarnya sangat memerlukan pembelaan dari cengkaman ‘seorang ayah yang tidak bertanggungjawab!’
Thursday, October 9, 2008
Mahasiswa diajak gempur KPT beramai-ramai esok
KUALA LUMPUR, 9 Okt - Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan menyerahkan satu memorandum berhubung tuntutan mahasiswa dalam pilihan raya kampus sesi 2008/2009 esok kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Putrajaya.
Antara lain, ianya akan menyentuh aspek sistem pelaksanaan pengundian secara online di hampir kesemua Institusi Pengajian Tinggi Awam iaitu e-voting serta kekecewaan peranan yang gagal dimainkan oleh KPT dalam menjana proses demokrasi dalam kampus selama ini.
SMM akan mengadakan perhimpunan aman di pekarangan KPT selepas solat Jumaat esok dengan penyertaan penyokong Pro Mahasiswa.
Pihak penganjur mengharapkan agar program tersebut mendapat laluan dan kerjasama daripada pihak KPT serta tidak disalah tafsirkan sebagai kekecohan.
Pilihan raya kampus yang bakal dijalankan tidak lama lagi kini mulai diperkatakan meskipun terdapat pihak yang berusaha untuk menyembunyikannya daripada pengetahuan pihak media dan masyarakat luar kampus.
Ianya dipercayai kerana bimbang dengan arus perubahan rakyat yang mungkin akan mempengaruhi semangat anak-anak muda di menara gading yang sedang bangkit selari dengan perkembangan politik semasa tanah air.

Pilihan raya kampus dipengaruhi kesan pilihan raya umum?
PETALING JAYA: Perubahan persekitaran politik negara ketika pilihan raya umum tujuh bulan lalu lalu bakal membawa kesan ke atas pilihan raya kampus atau Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) kali ini?
Pilihan raya kampus, yang sebelum Aidilfitri dikatakan akan diadakan minggu depan di beberapa institusi pengajian tinggi awam, kini telah diubah tarikh ke Disember ataupun awal tahun depan.
mStar Onlineketika menghubungi beberapa wakil pelajar memaklumkan bahawa persiapan sedang dilakukan untuk mengadakan pilihan raya pertengahan bulan ini iaitu minggu depan.
Bagaimanapun maklumat terkini, diperoleh semalam, ia kini ditunda ke hujung tahun ataupun awal Januari.
Pun begitu, perubahan aliran pemikiran pemimpin mahasiswa di universiti-universiti tempatan dilihat berkemungkinan didorong oleh pentadbiran kerajaan negeri khususnya bagi negeri yang ditadbir kerajaan Pakatan Rakyat iaitu di Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
Jurucakap Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan (MPPK), Afandy Sutrisno Tanjung bersetuju bahawa arus politik perdana sedikit sebanyak akan mempengaruhi suasana politik kampus pada pilihan raya kampus nanti.
“Saya tak nafikan pilihan raya umum lalu memberi impak kepada mahasiswa dalam kampus terutamanya dari segi corak pemikiran.
“Boleh dikatakan mahasiswa pada hari ini mahukan trend perubahan yang baru,” katanya ketika dihubungi mStar Online.
Jelas beliau keadaan ini mungkin akan menyebabkan kumpulan yang menyokong aspirasi kerajaan menghadapi sedikit kejutan apabila berhadapan dalam pilihan raya kampus yang akan datang.
Tambah beliau, situasi pada pemilihan kampus pada penggal lalu mungkin berbeza dengan apa yang bakal dihadapi pada pemilihan kali ini.
“Bagaimanapun saya amat yakin aspirasi akan terus mengusai semua universiti awam di negara ini sebagaimana tradisinya sebelum ini.
“Mahasiswa bijak dan boleh berfikir mana yang baik untuk kepentingan mereka dan mampu untuk membawa suara mereka untuk terus memperjuangkan kebajikan,” katanya.
Afandy yang juga Yang Dipertua MPP Universiti Malaya (UM) berkata, gelombang arus perubahan rakyat dapat dirasakan di universiti itu sejak berakhirnya pilihan raya umum lalu.
“Kedua-dua pihak sama ada aspirasi kerajaan ataupun bukan, nampak bersungguh-sungguh bagi memenangi pilihan raya kali ini.
“Tsunami politik yang melanda negara kini turut meninggalkan kesan kepada iklim politik mahasiswa,” katanya.
Bagi Yang Dipertua MPP Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Mohd. Zaid Mohd. Idrus, beliau mengakui senario politi kampus di universiti itu menerima kesan daripada keputusan pilihan raya pada 8 Mac lau.
“Walaupun pentadbiran MPP yang ada kini sentiasa memperjuangkan aspirasi kerajaan, namun saya dapat lihat wujud juga kumpulan pelajar yang seakan menentang apa yang cuba kita lakukan,” katanya.
Menurutnya, beliau yakin pilihan raya kampus yang dijadual dalam bulan ini bakal menyaksikan persaingan antara pemimpin pelajar yang akan terus membawa aspirasi kerajaan sebagai asas kepimpinan dan kumpulan pelajar yang membawa ideologi parti politik dari luar kampus.
UKM terletak dalam negeri Selangor yang dikuasai Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun beliau berharap persaingan yang bakal wujud itu biarlah satu persaingan yang sihat demi kepentingan mahasiswa dan seluruh warga universiti.
“Saya amat berharap mana-mana individu yang bakal bertanding dalam pilihan raya kampus nanti sentiasa meletakkan matlamat untuk membawa perubahan yang positif dan memperjuangkan hak mahasiswa tanpa terpengaruh dengan parti politik luar,” katanya.
Ujar beliau politik kampus dan politik berparti adalah dua perkara yang berbeza dan tidak harus dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu.
Sementara itu, Yang Dipertua MPP Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Mohd. Raimi Rahim juga tidak menafikan senario politik di Perak yang kini milik parti pembangkang memberi kesan kepada universiti itu.
Menurut beliau, kebiasaannya pemilihan calon MPP di UPSI dibuat secara terbuka tanpa mengambil kira ideologi atau fahaman politik seseorang itu di luar kampus.
“Itu hak mereka untuk menyokong sesiapapun. Asalkan fahaman mereka itu tidak terbawa hingga ke kampus.
“Apa yang penting ialah seseorang pemimpin yang terpilih harus sedia berkhidmat kepada pihak universiti sebagai ‘wakil rakyat’ kepada mahasiswa,” katanya.
Raimi melihat pada ketika ini sudah wujud kumpulan-kumpulan yang boleh dianggap pembangkang di kampus mula mempengaruhi warga universiti berkenaan.
“Kami sedar akan kewujudan kumpulan ini. Mereka mungkin terpengaruh dengan corak politik di luar kampus dan cuba menerapkan di UPSI.
“Tapi saya tidak pasti sejauh mana ia bakal memberi kesan pada pilihan raya kampus yang dijadual diadakan pertengahan Oktober ini (kini sudah diubah),” katanya.
Yang Dipertua MPP Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Muhammad Adib Hatim ketika dihubungi berkata beliau tidak menolak kemungkinan senario politik di luar kampus akan memberi kesan kepada pemilihan kali ini.
“Kemungkinan apa yang berlaku di luar akan merebak di dalam,” katanya.
Bagaimanapun katanya, sehinggi kini tanda-tanda wujudnya pihak pembangkang masih belum dapat dikenal pasti.
“Selama ini UIAM dikuasai oleh pihak prokerajaan… jadi buat masa ini belum nampak ada pihak yang cuba menguasai pilihan raya kampus kali ini,” katanya.
Adib berkata, universiti berkenaan dijadual akan mengadakan pilihan raya kampusnya minggu hadapan.
“Notis (pilihan raya) daripada KPT belum diterima, tapi bagaimanapun perkembangan terkini kami akan mengadakan pemilihan wakil pelajar bagi penggal baru pada 17 Oktober ini,” katanya.
Katanya, mengikut jadual proses penamaan calon akan diadakan pada hari Isnin depan.
“Kemungkinan 13 Oktober adalah penamaan calon dan selepas itu calon mempunyai masa selama empat hari untuk berkempen,” katanya.
UIAM merupakan universiti pertama yang mengambil keputusan membubarkan MPP mereka berkuat kuasa 19 September lalu.
Tambah Adib, mereka mempunyai masa yang cukup bagi membuat persediaan bagi menghadapi pilihan raya ini sebelum peperiksaan akhir semester yang akan bermula 27 Oktober ini.
Bagaimanapaun situasi yang wujud di UKM, UPSI dan UIAM dilihat tidak berlaku di Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang yang turut berada di negeri Pakatan Rakyat.
Yang Dipertua MPP universiti itu, Muhammad Syukri Ibrahim berkata, berdasarkan pemerhatiannya suasana politik kampus di USM tidak terpengaruh dengan keadaan politik di luar walaupun Pulau Pinang kini jatuh ke tangan Pakatan Rakyat selepas pilihan raya lalu.
“Keadaan politik dalaman di USM baik seperti sebelum ini. Tiada apa yang berubah walaupun pentadbiran kerajaan negeri sudah bertukar,” katanya.
Tambah beliau, tiada tanda-tanda yang menunjukkan pada pilihan raya kampus akan datang USM akan diterajui oleh pemimpin mahasiswa yang membawa fahaman politik luar kampus.
“Saya tak fikir perkara seperti itu akan timbul tambahan pula USM kini dipilih sebagai univeristi Apex oleh Kementerian Pengajian Tinggi,” katanya.
Jelas beliau penganugerahan itu adalah amanah yang diberikan kepada USM untuk terus beroleh kecemerlangan.
“Hingga kini suasana politik di USM masih aman dan damai tanpa sebarang masalah serta tiada petanda senario politik luar kampus akan menular ke dalam,” katanya.
Bagaimanapun beliau berkata, USM masih belum menerima sebarang arahan dari pihak universiti berhubung tarikh pembubaran dan pilihan raya akan diadakan.
“Kita tidak tahu bila tarikh pilihan raya akan diadakan, kalau ikut jadual mungkin dalam bulan ini, tapi ia bergantung pada arahan.
“Buat masa ini kami (MPP) masih menjalankan tugas-tugas seperti biasa,” katanya lagi.
Jelas beliau, mahasiswa USM akan menghadapi peperiksaan akhir semester pada 3 November depan.
Dalam pada itu, Yang Dipertua MPP UitM, Luqman Nul Hakim menolak andaian bahawa kesan pilihan raya umum ke-12 akan mempengaruhi corak pengundian ketika pemilihan kampus kali ini.
Sambil menjangkakan pilihan raya MPP UiTM kali ini akan berlangsung awal tahun depan, beliau telah meminta supaya unsur melabel pelajar mengikuti fahaman politik dielakkan semasa pilihan raya kampus.
“Kami telah mengemukakan idea ini kepada Kementerian Pengajian Tinggi selepas pilihan raya umum lalu,” katanya.-mstar.com.my

Wednesday, October 8, 2008
Wajarkah Pinjaman PTPTN dinaikkan???
Tambang bas naik, harga teh tarik naik, harga roti canai naik, photostat pun naik harga...
Ini semua akibat kenaikan harga petrol yang tak masuk akal. 78 sen naik masa harga setong USD150. sekarang harga setong USD90... bila lah kerajaan BN ini akan turunkan harga minyak??? sekarang ramai mahasiswa menggunakan kenderaan. Jadi, mahasiswa pun berasa kesukaran dengan duit ptptn yang tak cukup. PTPTN masukkan 3250 satu semester. Tuition Fees adalah 1000. Yuran Kolej 1400 lagi.
Saya berasa PTPTN harus meningkatkan pinjaman sebanyak 30% di mana mahasiswa akan mendapat rm4500 satu semester.
Adakah ini relevan?
Apakah pendapat anda?
.

நான் சசிகுமார்
அனைவருக்கும் என் இனிய தீபாவளி நல்வாழ்துக்கள்.
வாழ்க தமிழ் வளர்க தமிழ்
மாணவர் சக்தி வாழ்க!!!
வாழ்க தமிழ் வளர்க தமிழ்
மாணவர் சக்தி வாழ்க!!!
Tuesday, October 7, 2008
Whats Going On???
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Untuk makluman semua, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan / notis / risalah dan sebagainya yangberkaitan dengan Pemilihan Perwakilan Mahasiswa sesi 2008 / 2009.
Sehubungan dengan itu, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni meminta semuawarga Universiti Malaya supaya tidak terpengaruh dengan sebarang kenyataan /notis / risalah dan sebagainya. Sekiranya terdapat sebarang kenyataan /notis / risalah dan sebagainya yang berkaitan, hendaklah memaklumkan kepadaBahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni untuk diambil tindakan.
Kerjasama dari semua pihak diharap dapat menyelesaikan masalah ini.
Sekian, terima kasih.
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI
UNIVERSITI MALAYA

Thursday, October 2, 2008
CALON ASPIRASI @ CALON PRO MAHASISWA
Calon ASPIRASI dipilih oleh pihak pentadbiran Universiti Malaya manakala calon Pro Mahasiswa pula dipilih oleh mahasiswa Universiti Malaya sendiri. Mahasiswa dan mahasiswi harus diberikan peluang untuk memilih calon calon bagi pilihanraya kampus. Seperti pilihanraya di Amerika Syarikat, calon Presidennya dipilih oleh masyarakat itu sendiri. Ini menunjukkan demokratik di AS.
Mahasiswa UM perlu sedar bahawa pilihanraya kampus mampu mengubah cara hidup mereka dalam kampus dan juga pemikiran mereka. Seseorang manusia perlu perobahan dari semasa ke semasa. MPMUM yang lepas sebenarnya dikawal oleh HEP UM. Jadi, kita hendaklah mengubah keadaan ini. Mahasiswa harus diberikan kebebasan untuk bersuara, berpolitik dan lain-lain.
Saya berharap dan berjanji bahawa Pro Mahasiswa mampu membawa perubahan kepada semua warga UM. Undilah Pro Mahasiswa untuk masa depan yang cerah. Kita mampu mengangkat martabat UNIVERSITI MALAYA di persada dunia!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)