Thursday, October 2, 2008

CALON ASPIRASI @ CALON PRO MAHASISWA

Calon ASPIRASI dipilih oleh pihak pentadbiran Universiti Malaya manakala calon Pro Mahasiswa pula dipilih oleh mahasiswa Universiti Malaya sendiri. Mahasiswa dan mahasiswi harus diberikan peluang untuk memilih calon calon bagi pilihanraya kampus. Seperti pilihanraya di Amerika Syarikat, calon Presidennya dipilih oleh masyarakat itu sendiri. Ini menunjukkan demokratik di AS.

Mahasiswa UM perlu sedar bahawa pilihanraya kampus mampu mengubah cara hidup mereka dalam kampus dan juga pemikiran mereka. Seseorang manusia perlu perobahan dari semasa ke semasa. MPMUM yang lepas sebenarnya dikawal oleh HEP UM. Jadi, kita hendaklah mengubah keadaan ini. Mahasiswa harus diberikan kebebasan untuk bersuara, berpolitik dan lain-lain.

Saya berharap dan berjanji bahawa Pro Mahasiswa mampu membawa perubahan kepada semua warga UM. Undilah Pro Mahasiswa untuk masa depan yang cerah. Kita mampu mengangkat martabat UNIVERSITI MALAYA di persada dunia!!!

No comments: